Saturday, May 2, 2009

kEcEmErLaNgAn Dato' Siti Nurhaliza dan Misha Omar dI AIM 16 mErAnGkUl 4 aNuGeRaH!!!!!!!!!




Thanks Allah s.w.t...nampaknya rezeki dua penyanyi yang disegani di Malaysia ini masih berbisa lantaran malam tadi mereka berdua telah membuktikan nuansa muzik pop masih terus mengungguli arena muzik Malaysia di AIM 16 semalam...Well,what can i say...kedua-duanya sama hebat kerana telah merampas dua anugerah utama yang diidamkan oleh segenap artis di Malaysia yang masih kempunan nak dapatkan....sedikit review 4 anugerah yang masing-masing telah gondoli....

Dato' Siti Nurhaliza-1)Album Terbaik & Album Pop Etnik Terbaik(Lentera Timur), Persembahan Vokal Wanita Di Dalam Lagu(Di Taman Teman) & Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu(Pada Cintanya)

Misha Omar-1)Lagu Terbaik & Lagu Pop Etnik Terbaik(Nafas Cahaya),
Album Pop Terbaik & Lagu Pop Terbaik(Cinta Adam Dan Hawa)

Ternyata pendapat sesetengah pihak yang menafikan kualiti dan kredibiliti album Lentera Timur tidak menjadi kudis dan racun untuk pihak juri menobatkan bahawa buah tangan dari Dato' Siti masih yang terbaik...penafian mengenai pencalonan Dato' Siti lebih dari satu lagu dalam beberapa kategori juga menjadi persoalan...soalnya...yang terbaik harus dijulang dan sememangnya sejarah AIM juga membuktikan ramai penyanyi yang pernah menominasi kategori lebih dari satu lagu....contohnya Ning Baizura untuk AIM 12(Lagu Terbaik-Kembali dan Selagi Ada Cinta) dan AIM 13(Lagu Terbaik-Awan Yang Terpilu dan Erti Pertemuan)...dan M.Nasir adalah antara penyanyi yang memecahkan tembok rekod melepasi nominasi Lagu Terbaik apabila 3 lagu nya dari album Juwita Citra Terindah tercalon dalam kategori tersbut bersama lagu Drama dan Ceritera Cinta...So,pertikaian disini nampaknya lebih kepada kemualan sesetengah pihak yang dengki dan bosan melihat kejayaan Dato' Siti yang saban tahun tak pulang dengan tangan kosong di AIM dan gah dengan nominasi...apapun setiap pihak punya pandangan dan akal tersendiri...ini berpaksi pada nasib dan rezeki...selain Dato' Siti terus sentiasa menghidangkan peminatnya dan industri dengan buah tangan yang tidak mengecewakan....apapun kejayaan Dato' Siti sekali lagi di AIM adalah berkat usaha keras dan tawakal....Syabas Dato' Siti...u inspired me....yang terbaik akan tetap menjadi yang terbaik kerana menyumbang sesuatu yang terbaik....

Kejayaan besar Misha Omar di AIM 16 telah menjadi kan lengkapnya koleksi anugerah Misha Omar selam mengabdikan diri sebagai anak seni....pernah dijulang di AJL,ANUGERAH ERA,FESTIVAL FILEM MALAYSIA,VOICE OF ASIA, ANUGERAH AKHIR HITZ 1,ANUGERAH BINTANG POPULAR,dan kini ANUGERAH INDUSTRI MUZIK....hmmmmm....sememangnya Misha Omar antara penyanyi yang hebat di Malaysia...lantaran penantian selama 4 tahun tidak menghasilkan album,akhirnya berbekalkan album Misha Omar yang dianggap 'rebirth' telah membuka mata juri buat pertama kalinya mengiktiraf karya seni dan kerja keras Misha Omar serta semua yang terlibat dalam pembikinan albumnya kali ini...biarpun mendapat kencaman hebat kerana album yang dikeluarkan hanya berbekalkan 3 lagu yang sangat baru iaitu Cinta Adam dan Hawa,Cinta Suci dan Sampai Disini,ia tidak menjadi penghalang keran sudah tertulis AIM 16 telah menjadi malam yang amat bererti buat Misha Omar...kemenangan lagu Nafas Cahaya juga sesuatu yang dijangka kerana keunikan dan keindahan lagu tersebut...Album ketiga Misha Omar sebenarnya menyelitkan lagu yang tidak pernah diselitkan dialbum pertama dan kedua walaupun beberapa single hit seperti Jawapanmu,Nafas Cahaya,Cinta,Sembunyi,Ku Seru lebih awal di perdengarkan dan dipertaruhkan berbanding albumnya yang dikeluarkan sejurus lewat setahun dua single-single tersebut menjadi siulan dan menjadi hit dicarta...walaubagaimanapun, album Misha yang ke 3 tetap menjadi antara yang terbaik darinya kerana melibatkan lagu-lagu yang sedap dan bermutu.....

Apapun tanggapan dan pandangan mengenai kejayaan dua artis ne...telan sendiri jer ya dik...masing-masing ada pendapat...suka atau tidak Dato Siti Nurhaliza dan Misha Omar paling banyak mengungguli anugerah di AIM 16.....
CONGGGGGGGGGGGGRAAAAAATULLLLLATIOOOOOOOOONNNNNSSSSSSSS!!!!!

1 comment:

  1. Dua2 edan minat!! Suker nyer!!! Tp sayang x dpt tengok coz teman mak d hospital... huhu

    ReplyDelete