Monday, June 8, 2009

Malek Noor kini pulang ke pangkal jalan....IKTIBAR YANG PALING BERBEKAS!!!


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.


Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.


Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.


"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.


Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.


"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.


Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.


"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.


"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.


Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.


"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.


"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.


Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.


Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.


"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.


"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
p/s; sesungguhnya Allah s.w.t menyayangi tiap manusia di muka bumi ini...coretan yang tertulis ini sesuatu yang menyentap perasaan dan memberi ruang dan akal fikiran seseorang agar sentiasa meletakkan batas dalam setiap perkara...apapun buat Abg Malek..i am proud of u...

Wednesday, June 3, 2009

Shout! Awards....NIKKI once again get nominated.....OH MY GOD!!!!!!


it will be amazing July for Nikki and her fans....Shout! Awards will be held a day before APM...which on 17 July and APM on 18 July....so all Nikki's fans...please dont stay away from the television for catching up her in the awards show...just to show some love and support for her... Win or Lose...it will not be an issue to touch!!!!

Nikki has been nominated in Popstar Awards with the others finalist such as Dato Siti Nurhaliza,Jaclyn Victor,Stacy,Aizat and Couple....please keep voting her by sms or go through to the website(http://www.shoutawards.com.my/) for online vote...

So...lets just keep voting her...

Here are the nominees for several categories which has been announced this morning...
(source from http://www.gua.com.my/)

Shout! Awards also being broadcasted LIVE di 8TV, jam 8.30malam.

MUSIC

Rockstar Award (Rock Awards)
Bunkface
Butterfingers
Estranged
Hujan
Meet Uncle Hussain
Pop Shuvit

Popstar Award (Pop Awards)
Aizat
Couple
Dato’ Siti Nurhaliza
Jaclyn Victor
Nikki
Stacy

Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
Ayu
Dato’ Siti Nurhaliza
Dina
Jaclyn Victor
Lan (Meet Uncle Hussain)
Syarul Reza (Love Me Butch)

Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
Ahli Fiqir
Caprice
Jin Hackman
Joe Flizzow
Malique
Phlowtron

Break Out Award (Best New Act)
Bunkface
Hujan
Joe Flizzow
Malique
Meet Uncle Hussain
Pesawat

TV + FILM

Best On Screen Chemistry
Cheryl Samad & Nazrudin Rahman (‘Ghost’)
Syafinaz Selamat & Paul Moss (OIAM2)
Vanidah Imran & Afdlin Shauki (‘Sepi’)
Zahiril Adzim & Liyana Jasmay (‘KAMI’)
Upin Dan Ipin (‘Upin & Ipin’ – TV series)

Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
Field Trip!
USAFrontpage
Ghost
Kekasihku Seru
Sindarela

Breakthrough Film Award
Budak Kelantan @ Kelantan Boys
Kala Malam Bulan Mengambang
KAMI
Los Dan Faun
Sepi

Favorite TV Program (Non Drama)
Destinasi Bajet (Season 2)
Field Trip!
USAHomegrown (Season 3)
Majalah 3
OIAM 2

Favorite TV Host
Daphne Iking (‘The Breakfast Show’)
Marion Caunter (OIAM2)
Nazrudin Rahman (‘The Breakfast Show’)
Qushairi aka Qi (‘Destinasi Bajet Season 2’)
Qushairi aka Qi (‘Field Trip! USA’)

RADIO

Coolest Radio Announcer
Fara Fauzana
Hunny Madu
JJ
Phat Fabes
Rudy

Favorite Radio Show
Fly FM Must Have Music (Hunny Madu)
Fly FM Night Flight (Basil & Hafiz)
Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)
Hot FM AM Show (Fara Fauzana & Faizal Ismail)
Indie X (Smek & Mat)

THE WORKSStylo Award (Most Stylish Awards)
Dynas Mokhtar
Faizal Tahir
Marion Caunter
Maya Karin
Sazzy Falak

Hot Chick Award
Andrea Fonseka
Daphne Iking
Fazura
Marion Caunter
Marsha

Hot Guy Award
Faizal Tahir
Jonathan Putra (JP)
Tony Eusoff
Zahiril Adzim
Zizan Nin

Tuesday, June 2, 2009

ANUGERAH PLANET MUZIK 2009...ARTIS WANITA TERBAIK....aKu tErLaLu gEmBiRa

that was exactly i felt now....open V's blog within 12.05 a.m(2 June 2009) made me extremely delighted...mana tidak nya...he informed that Nikki was nominated in upcoming Anugerah Planet Muzik 2009 for Best Female Artist...Oh My gOd....itu sahaja yang terucap setelah melihat nama gadis ini tersenarai antara 5 yang terbaik sepanjang 2008...she made it...nampaknya sekali lagi juga Dato' Siti(my fav as well) dan Misha Omar(fav juga) dijulang dalam nominasi akhir kategori berhantu ini...setiap tahun acara APM berlangsung..inilah antara kategori yang saya tunggu2 nama pemenangnya selain lagu terbaik dan album terbaik....sebelum celoteh lebih panzzzzanggg panzzzzanggg...jom kita imbas semula nama2 artis wanita Malaysia yang pernah dan telah tersangkut dalam kategori ne till date...

2009-HAWA

2007-Alam Maya


2004-Selagi Ada Cinta


2005-Aksara
2009-Misha Omar

2002-Seandainya Masih Ada Cinta
2005-Dayang Sayang kamu
2006-Repackaged'Dayang Sayang Kamu'
2007-Kasih
2008-Dayang 2007

2006-Gemilang(WON)
2007-Inilah Jac

2001-Sahmura(WON)
2002-Safa(WON)
2003-Sanggar Mustika(WON)
2004-EMAS(WON)
2005-Prasasti Seni
2007-Transkripsi(WON)
2008-Hadiah Daripada Hati
2009-Lentera Timur
untuk pengetahuan semua...kehebatan Dato Siti Nurhaliza dalam kategori ini sememangnya tak dapat ditandingi kerana beliau pernah merangkul anugerah kategori ini sebanyak 5 kali untuk kesekian kalinya anugerah ini diwujudkan...sejak penubuhan anugerah ini...nama Dato Siti tidak pernah sekali tercicir dari meraih sebarang anugerah meskipun pernah tewas dalam kategori ini ditangan Kris Dayanti sebanyak 2 kali...Kris Dayanti memenangi kategori ini pada tahun 2005 untuk album CAHAYA dan 2008 untuk album KRIS DAYANTI 2007(tak ingat ler tajuknya...hehehehe)
sekiranya anda pengikut setia anugerah berprestij ini...mesti anda perasan semenjak penubuhannya cuma tiga artis wanita yang menjulang kategori ini selain Dato Siti dan Kris Dayanti...Jaclyn Victor telah membuat kejutan dengan 'debut commercial' album, beliau membuktikan kemenangan berpihak pada beliau pada 2006..bertuah sangat kan pemenang MALAYSIAN IDOL musim pertama ne kan...dia memang hebat....
Dayang Nurfaizah juga mencipta kan rekod tersendiri kerana pernah tercalon dalam kategori ini sebanyak 5 kali meskipun tertewas dalam kelima-lima tahun persaingan beliau...walaubagaimanapun...Dayang tetap hebat kerana telah membuktikan beliau definitely layak berada dalam nominasi top 5 setiap kali album beliau dipertandingkan...album Dayang memang berkualiti dan tidak pernah mengecewakan...Dayang tetap the best tau....
Artis-artis wanita MALAYSIA yang pernah melepasi nominasi akhir kategori ini..fiffy ucapkan tahniah kerana anda telah membuktikan anda dikalangan terbaik...juz nak sebut balik nama-nama yang pernah menjadi pertaruhan dalam kategori ini bagi wakil MALAYSIA...
Sarah Raisuddin,Misha Omar,Ning Baizura,Noryn Aziz,Nora,Dayang Nurfaizah dan Nikki Palikat....
pada edisi 2009...Dato Siti,Misha dan Nikki adalah wakil yang meneruskan tradisi perjuangan penyanyi wanita Malaysia untuk kategori berhantu ini...kali ne fiffy dapat expect yang artis Malaysia akan bawa pulang anugerah ne...siapapun yang menang fiffy x kesah cuma kalo Nikki menang...memang xtdo lah fiffy sebab extraordinary happy....hehehehehehehe...apapun kita tunggu dan lihat...
For Nikki,CONGRATULATIONS sebab menjadi artis realiti tv wanita kedua selepas Jaclyn Victor melepasi nominasi ini...CONGRATULATIONS sebab menjadi artis wanita negeri kelahiran Sabah yang pertama yang menembusi tembok nominasi kategori ini..CONGRATULATIONS as well sebab telah bayar semula kepedihan kami atas kegagalanmu di AIM 16 recently...semuanya ada hikmah kan...fiffy salute NIKKI....for the first time i saw u in MI(SEASON 1)..fiffy dah dpt agak..u will be the next hot SUPERSTAR kebanggaan SABAH dan MALAYSIA....
Nikki all the best...apapun keputusan pemenang kategori ini...fiffy terima dengan hati yang terbuka sebab fiffy proud that u have made us proud of ur talent and ability....

kepada nominasi lain terutamanya Stacy,Ayu dan Nubhan...congratulations...kerana berjaya mendapat pencalonan akhir APM tahun ini...and also for Afgan Syah Reza(my indo fav artist)...
CONGRATULATIONS....
ne ada sedikit...senarai nominasi yang telah diperlihatkan oleh ex-Mr Manager....
BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (New Male Artiste)Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)
Afgan, Terimakasih Cinta
Aizat, Hanya Kau Yang Mampu
Dirly, Sampai Keujung Dunia
Lobow, Kau Cantik Hari Ini
Nubhan, Ada Untukmu
BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (New Female Artiste)Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)
Aura Kasih, Mari Bercinta
Ayu, Hanya Di Mercu
Cinta Laura, Oh Baby
Nana, Lafaz
Stacy, Aku Stacy
Yuna, Dan Sebenarnya
BEST MALE ARTISTE (Album)Artis Lelaki Terbaik
Afgan, Confession No. 1
Aizat, Percubaan Pertama
Reshmonu, Harapan
Taufik Batisah, Suria Hatiku
Tompi, My Happy Life
BEST FEMALE ARTISTE (Album)Artis Wanita Terbaik
Bunga Cinta Lestari, Tentang Kamu
Misha Omar, Misha Omar
Mulan Jameela, Mulan Jameela
Nikki, Hawa
Siti Nurhaliza, Lentera Timur

mesti best kan APM tahun ne lebih-lebih lagi Aznil sekali lagi merampas pentas sebagai pengacara majlis yang akan diadakan di negara republik Indonesia nanti..apapun x sabar nak TUNGGGGGUUUUUUUUUUUUU...........















































Saturday, May 2, 2009

mArI MeNyANyI!!!!!

Hmmmmmm.....mesti u all hairan kan dari mana i dapat karaoke lagu ne....jangan nak propa k...ne i buat sendiri guna Ulead Video Studio 11 tau...minus one lagu ne kalo nak dpt beli lah album original Alyah yang ada kat pasaran skrg k...video muzik mcm biasa lah download dari youtube,...dah convert bru lah edit jadikan karaoke...ok ker????alah...yang penting boleh nyanyi kan....I pilih lagu ne sbb lagu ne tgh meletup-letup skrg kan...sampai bertahan jadi juara carta kat Era.fm dan Hot fm....so apa tunggu lagi...HABUTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!

kEcEmErLaNgAn Dato' Siti Nurhaliza dan Misha Omar dI AIM 16 mErAnGkUl 4 aNuGeRaH!!!!!!!!!




Thanks Allah s.w.t...nampaknya rezeki dua penyanyi yang disegani di Malaysia ini masih berbisa lantaran malam tadi mereka berdua telah membuktikan nuansa muzik pop masih terus mengungguli arena muzik Malaysia di AIM 16 semalam...Well,what can i say...kedua-duanya sama hebat kerana telah merampas dua anugerah utama yang diidamkan oleh segenap artis di Malaysia yang masih kempunan nak dapatkan....sedikit review 4 anugerah yang masing-masing telah gondoli....

Dato' Siti Nurhaliza-1)Album Terbaik & Album Pop Etnik Terbaik(Lentera Timur), Persembahan Vokal Wanita Di Dalam Lagu(Di Taman Teman) & Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu(Pada Cintanya)

Misha Omar-1)Lagu Terbaik & Lagu Pop Etnik Terbaik(Nafas Cahaya),
Album Pop Terbaik & Lagu Pop Terbaik(Cinta Adam Dan Hawa)

Ternyata pendapat sesetengah pihak yang menafikan kualiti dan kredibiliti album Lentera Timur tidak menjadi kudis dan racun untuk pihak juri menobatkan bahawa buah tangan dari Dato' Siti masih yang terbaik...penafian mengenai pencalonan Dato' Siti lebih dari satu lagu dalam beberapa kategori juga menjadi persoalan...soalnya...yang terbaik harus dijulang dan sememangnya sejarah AIM juga membuktikan ramai penyanyi yang pernah menominasi kategori lebih dari satu lagu....contohnya Ning Baizura untuk AIM 12(Lagu Terbaik-Kembali dan Selagi Ada Cinta) dan AIM 13(Lagu Terbaik-Awan Yang Terpilu dan Erti Pertemuan)...dan M.Nasir adalah antara penyanyi yang memecahkan tembok rekod melepasi nominasi Lagu Terbaik apabila 3 lagu nya dari album Juwita Citra Terindah tercalon dalam kategori tersbut bersama lagu Drama dan Ceritera Cinta...So,pertikaian disini nampaknya lebih kepada kemualan sesetengah pihak yang dengki dan bosan melihat kejayaan Dato' Siti yang saban tahun tak pulang dengan tangan kosong di AIM dan gah dengan nominasi...apapun setiap pihak punya pandangan dan akal tersendiri...ini berpaksi pada nasib dan rezeki...selain Dato' Siti terus sentiasa menghidangkan peminatnya dan industri dengan buah tangan yang tidak mengecewakan....apapun kejayaan Dato' Siti sekali lagi di AIM adalah berkat usaha keras dan tawakal....Syabas Dato' Siti...u inspired me....yang terbaik akan tetap menjadi yang terbaik kerana menyumbang sesuatu yang terbaik....

Kejayaan besar Misha Omar di AIM 16 telah menjadi kan lengkapnya koleksi anugerah Misha Omar selam mengabdikan diri sebagai anak seni....pernah dijulang di AJL,ANUGERAH ERA,FESTIVAL FILEM MALAYSIA,VOICE OF ASIA, ANUGERAH AKHIR HITZ 1,ANUGERAH BINTANG POPULAR,dan kini ANUGERAH INDUSTRI MUZIK....hmmmmm....sememangnya Misha Omar antara penyanyi yang hebat di Malaysia...lantaran penantian selama 4 tahun tidak menghasilkan album,akhirnya berbekalkan album Misha Omar yang dianggap 'rebirth' telah membuka mata juri buat pertama kalinya mengiktiraf karya seni dan kerja keras Misha Omar serta semua yang terlibat dalam pembikinan albumnya kali ini...biarpun mendapat kencaman hebat kerana album yang dikeluarkan hanya berbekalkan 3 lagu yang sangat baru iaitu Cinta Adam dan Hawa,Cinta Suci dan Sampai Disini,ia tidak menjadi penghalang keran sudah tertulis AIM 16 telah menjadi malam yang amat bererti buat Misha Omar...kemenangan lagu Nafas Cahaya juga sesuatu yang dijangka kerana keunikan dan keindahan lagu tersebut...Album ketiga Misha Omar sebenarnya menyelitkan lagu yang tidak pernah diselitkan dialbum pertama dan kedua walaupun beberapa single hit seperti Jawapanmu,Nafas Cahaya,Cinta,Sembunyi,Ku Seru lebih awal di perdengarkan dan dipertaruhkan berbanding albumnya yang dikeluarkan sejurus lewat setahun dua single-single tersebut menjadi siulan dan menjadi hit dicarta...walaubagaimanapun, album Misha yang ke 3 tetap menjadi antara yang terbaik darinya kerana melibatkan lagu-lagu yang sedap dan bermutu.....

Apapun tanggapan dan pandangan mengenai kejayaan dua artis ne...telan sendiri jer ya dik...masing-masing ada pendapat...suka atau tidak Dato Siti Nurhaliza dan Misha Omar paling banyak mengungguli anugerah di AIM 16.....
CONGGGGGGGGGGGGRAAAAAATULLLLLATIOOOOOOOOONNNNNSSSSSSSS!!!!!

Friday, May 1, 2009

aKhIrNyA SHAH INDRAWAN@TOMOK amBiK Rm 1 JuTa



berbekalkan persembahan yang bersahaja dan membuahkan aura,akhirnya Tomok berjaya mencipta rekod buat pertama kalinya OIAM dirampas oleh peserta lelaki....sememangnya malam tadi Tomok berjaya menunjukkan sesuatu kepada peminat hiburan Malaysia yang Tomok mmg t'lah mentransformasikan dirinya dengan sesuatu yang segar seiring dengan formulasi bakat ketika ini...Walaubagaimana pun kekalahan Esther janga dipandang sepi...she's got sumtink that will contribute to the industry....she was unpredictable on what she had...that's why she have went so far till strives in the finale.....i knew that even she was not the champion..but she will remain longer in the industry coz her talent was more than everything!!!!!she will be accepted to enter in apart of the Monkey Bone family as before have been happened to Faizal Tahir and Shila....so Esther,u dont have to worry....To Aweera,he is talented but i can't expect his future in this industry...his talent klise lah....dah berterabur kat dlm industri ne....but who know???
sebenarnya OIAM3 mmg fantastic....semua finalist punyai bakat yang tersendiri dan musim ini adalah yang terbaik till date....apapun Congratulations Tomok,Esther and Aweera coz berada dalam kelompok yang berjaya ke final....

Tomok-diharapkan menghidangkan sesuatu yang lari dari konsep yang pernah dia bawa sebelum ne...if he come out with his debut album...saya tak akan teragak-agak membelinya jika ia seperti yang saya harapkan....All the best!!!!!

Esther-u've got talent....u will be among the best artist in Malaysia...work on it!!!!!three words describing you...Fantastic...Stunning....Awesome......

Aweera-untuk berjaya jangan terlalu membuka keaiban di khalayak sehingga sanggup melabelkan diri dan keluarga..."dihina"...semua orang tahu kebanyakan artis yang berjaya adalah dari keluarga yang bukan senang...seolah2 apa yang disuarakan itu seperti memancing undi nak dapatkan RM 1 jUTA...banyak cara yang lain boleh dibuat dari mengaibkan diri sendiri...apapun semoga berjaya dan terus berjuang dalam industri.....