


SEBAIK selesai ABPBH 2008, kotak e-mel Zubir sarat dengan pujian, kritikan dan komen peminat mengenai acara yang berlangsung dengan jayanya itu. Yang elok dijadikan semangat untuk menghasilkan lebih baik pada masa depan, yang kurang dijadikan sempadan untuk memperbaiki segala kelemahan.
Pun begitu, dalam banyak-banyak e-mel, Zubir tertarik dengan kiriman gambar pasangan merpati dua sejoli - Norman Hakim dan Memey yang disertai beberapa coretan nakal. Gambar Norman dan Memey sedang memegang kek hari jadi! Hari jadi siapa, Zubir kurang pasti. Tapi, rasanya hari jadi Memey kerana ulang tahunnya jatuh pada 25 Mac lalu. Lebih menarik, atas kek hari jadi itu tertera perkataan 'sayang', fuyoo!
“Sudah terang lagi bersuluh, sudah ada gambar lagi nak kata tak ada apa-apa hubungan. Ceria sungguh muka Norman dan Memey dalam gambar menyambut hari jadi. Agak-agaknya hari jadi siapa la tu? Buat Norman Hakim, jadilah lelaki gentleman dan mengaku hubungan cinta anda bersama Memey. Lagi bagus kalau anda berdua kahwin terus! Tak payah susah-susah naik turun mahkamah lagi.
“Tengok gambar yang lagi satu ni, jelas nampak kebahagiaan Norman dan Memey. Kan bagus kalau tak main sorok-sorok lagi?” kata pengirim e-mel berkenaan kepada Zubir yang berharap Norman dan Memey mengaku saja mereka bercinta, seterusnya berkahwin, tak perlu cover line lagi kerana semuanya sudah terbukti dengan dua keping gambar terbaru mereka itu.
Zubir pun setuju sangat dengan saranan orang ramai itu, lebih lama mereka berdolak dalik, lebih banyak fitnah dan cerita negatif muncul. Justeru, adalah lebih afdal Norman dan Memey mengaku saja mereka pasangan yang sedang asyik bercinta, tak perlu berkias-kias ketika memberikan kenyataan berhubung persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.Johan dan Ozlynn diminta kawal tingkah laku. |
APALAH nak jadi dengan Johan Raja Lawak, tak habis-habis buat hal. Sudah perasan dia makin popular sangatlah tu. Dah panas telinga Raja apabila mendengar cerita dan kerenah Johan yang memualkan, ada saja perkara menyakitkan mata dan hati ditimbulkan.
Banyak kali jugalah si Johan kena hentam dalam akhbar, sana sini orang mengkritik dan menegur lawaknya yang keterlaluan, merapu tak tentu hala dan ada kala, buat lawak bodoh, tapi si Johan nampaknya tak ambil pusing dengan kutukan dan hentaman yang diterima. Si Johan ni mungkin sudah tiada perasaan agaknya!
Bukanlah nak puji si Nabil, juara Raja Lawak tu. Celoteh, usikan dan lawak jenakanya masuk akal, bukan merapu 'cap ayam'. Yalah patutlah layak digelar juara. Orang macam Nabil yang boleh menaikkan prestij pelawak, selain Saiful Apek dan Afdlin Shauki. Lawak mereka berisi bukan lawak bodoh! Tidaklah artis komedi hanya layak dapat watak tempelan saja.
Tak lama dulu, kecoh si Johan dan kekasihnya, Ozlynn Waty melakukan 'aksi berani' bercumbuan, suap menyuap dan berpelukan mesra di khalayak ramai, walhal mereka belum ada ikatan sah dan bukan muhrim. Hmmm, baru beberapa bulan bercinta, tak tentu pun sampai ke jenjang pelamin! Janganlah over sangat dik ooi...
Kalau ya pun si Ozlyn tu gelora asmara, takkan depan wartawan dan orang ramai pun nak tunjuk gelora, bawa-bawalah bersabar, kan tak manis dipandang orang. Selalunya orang tak akan salahkan si Johan sebab dia lelaki, tak rugi apa pun, tetapi maruah kekasih kenalah jaga. Jangan sampai nanti si Ozlyn dicop perempuan murahan!
Minggu lalu, seorang teman Raja memberitahu dia panas hati betul dengan kerenah pasangan berkenaan. Nak jadikan cerita, si Ozlynn diundang sebagai tetamu sebuah rancangan, tak payahlah Raja sebutkan rancangan apa, mereka sudah tentu tahu. Ketika sedang disolek, si jurusolek tak sengaja tertumpah bedak atas seluar Ozlynn, bukan banyak pun, kalau disapu semula boleh hilang.
"Punyalah mengada-ngada si Ozlynn ni. Benda kecil macam tu pun nak mengadu pada kekasihnya. Entah apa yang dicakapkan pada Johan hingga dia menghambur beberapa jurusolek di situ. Paling buat jurusolek tu meluat, dia siap cakap seluar kekasihnya itu berharga RM700.
"Kalau ya pun seluar tu mahal, ada orang hairan? Bukan terkena cat, terkena bedak saja, takkan tak tanggal. Memang melampau si Johan dan Ozlynn tu, nak berlagak tak kena tempat. Membebel jurusolek yang terkena, jangan mimpi ada yang nak tolong solek mereka lagi, silap hari bulan muka mereka diconteng-conteng jadi makin buruk," kata teman Raja melepaskan geram.
Ada seorang teman membisikkan pada Raja, pernah suatu ketika si Johan dengan selamba mengajuk percakapan beberapa artis terkenal Indonesia dalam satu majlis. Selepas itu, tergelak seorang diri macam orang sasau. Menggeleng kepala artis Indonesia itu, bukan mereka ketawa pun, dalam hati mesti terdetik, artis Malaysia memang 'kurang asam'. Jadi yang dapat malu, artis Malaysia juga sedangkan yang buat hal seorang saja. Inilah diumpamakan nila setitik rosak susu sebelanga.
Raja juga mendapat tahu si Johan pernah buat kelakar 'bangang' depan mat salih yang juga pelancong. Dengan bercakap bahasa Inggeris dalam nahu tunggang langgang, si Johan pernah mengusik beberapa pelancong yang lalu di hadapannya. Tercengang-cengang mat salih tu, sepatah haram pun tak faham. Si Johan ni macam biasalah, bila tengok orang terpinga-pinga, dia apa lagi, ketawa besarlah. entah apa-apalah Johan ni...